Monday, October 24, 2011

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.


Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

PEMANTAUAN PRA SEKOLAH




Pada 25 Oktober 2011,Pra Sekolah telah dikunjungi pemantau dari Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.(Pn.Hjh. Anita Salmi dan En.Suhami Royani)

BAKAT PIDATO PRA SEKOLAH


Wakil Pra SKHM pada Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Daerah.